Pengenalan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

VISI

Menjadiakan IPG sebagai:

“Institut pengajian tinggi unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru yang memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.”

MISI

Melaksanakan program pendidikan guru untuk melahirkan guru profesional, kompeten dan berwatak yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyanjung warisan budaya negara.


Wednesday 12 February 2014

Objektif

OBJEKTIF
Lulusan PISMP akan memperolehi kompetensi berikut:
I. Memindahkan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran bidang pengkhususan.
II. Mengembangkan pengetahuan dan membuat refleksi secara kritikal tentang teori, pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
III. Menggunapakai pelbagai kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran.
IV. Mengamalkan nilai profesionalisme keguruan.
V. Melibatkan diri secara aktif sebagai pemimpin dan ahli yang berkesan dalam pasukan di sekolah dan komuniti.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Para lulusan PISMP dengan kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang
I. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang masing-masing;
II. Menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang masing-masing;
III. Mengunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;
IV. Berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai malalui bidang masing-masing dalam pelbagai situasi sebenar;
V. Memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika kerja Perkhidmatan Awam dan kod Etika Keguruan Malaysia;
VI. Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat;
VII. Mempunyai semangat jati diri dan berupaya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; dan
VIII. Mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan.

No comments:

Post a Comment