Pengenalan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

VISI

Menjadiakan IPG sebagai:

“Institut pengajian tinggi unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru yang memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.”

MISI

Melaksanakan program pendidikan guru untuk melahirkan guru profesional, kompeten dan berwatak yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyanjung warisan budaya negara.


Wednesday 12 February 2014

Kursus teras

KURSUS TERAS

Kursus Terad terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.
Pengajian Profesional member pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang merangkumi aspekpengetahuan, nilai dan etika keguruan sertakemahiran professional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik dan berkesan. Pengalaman Profesional diagihkan sejumlah 27 kredit.

Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah. Kursus Major diagihkan sejumlah 45 kredit.

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32 minggu yang dilaksanakan melalui tiga proses, iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS), praktikum, dan intership. PBS dijalankan selama 4 minggu, praktikum 24 minggu. Manakala intership selama 4 minggu. Amalan Profesional diagihkan sejumlah 14 kredit merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah.

KURSUS ELEKTIF
Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (KBSR). Pakej Elektif diagihkan sejumlah 24 kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit.

KURSUS TANPA KREDIT (TK)
Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English Language Enrichment yang ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysia Universiti English Test (MUET). Elektif ini tidak diagihkan kredit.





No comments:

Post a Comment