Pengenalan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

VISI

Menjadiakan IPG sebagai:

“Institut pengajian tinggi unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru yang memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.”

MISI

Melaksanakan program pendidikan guru untuk melahirkan guru profesional, kompeten dan berwatak yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyanjung warisan budaya negara.


Wednesday 12 February 2014

Kursus teras

KURSUS TERAS

Kursus Terad terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.
Pengajian Profesional member pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang merangkumi aspekpengetahuan, nilai dan etika keguruan sertakemahiran professional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik dan berkesan. Pengalaman Profesional diagihkan sejumlah 27 kredit.

Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah. Kursus Major diagihkan sejumlah 45 kredit.

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32 minggu yang dilaksanakan melalui tiga proses, iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS), praktikum, dan intership. PBS dijalankan selama 4 minggu, praktikum 24 minggu. Manakala intership selama 4 minggu. Amalan Profesional diagihkan sejumlah 14 kredit merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah.

KURSUS ELEKTIF
Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (KBSR). Pakej Elektif diagihkan sejumlah 24 kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit.

KURSUS TANPA KREDIT (TK)
Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English Language Enrichment yang ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysia Universiti English Test (MUET). Elektif ini tidak diagihkan kredit.





Tempoh pengajian program

TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM

PISMP dengan kepujian dikendalikan selama empat tahun dalam lapan semester. 

TAHUN AKADEMIK 


Tahun akademik IPG dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Setiap semester mengandungi 20 minggu.Pelaksanaan aktiviti Semester Pertama dan Semester Kedua dijalankan seperti berikut:

SEMESTER 1
MINGGU
Minggu Pendaftaran
1 minggu
  Interaksi
8 minggu
Cuti Semester
1 minggu
Interaksi
7 minggu
Minggu Ulangkaji
1 minggu
Peperiksaan
2 minggu
Jumlah
20 minggu

SEMESTER 2

MINGGU
Minggu Pendaftaran
1 minggu
Interaksi
8 minggu
Cuti Semester
1 minggu
Interaksi
7 minggu
Minggu Ulangkaji
1 minggu
Peperiksaan
2 minggu
Jumlah
20 minggu












PRINSIP PENGIRAAN JAM KREDIT


Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak semuka,yang mencakupi teori dan amali serta Amalan Profesional yang diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar persamaan 1 kredit.
Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS),praktikum,dan internship yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu pelaksanaan.Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing-masing diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.
Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 8 semester dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 133 kredit unutk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian.


KURSUS TERAS

Kursus Terad terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.
Pengajian Profesional member pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang merangkumi aspekpengetahuan, nilai dan etika keguruan sertakemahiran professional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik dan berkesan. Pengalaman Profesional diagihkan sejumlah 27 kredit.

Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah. Kursus Major diagihkan sejumlah 45 kredit.

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32 minggu yang dilaksanakan melalui tiga proses, iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS), praktikum, dan intership. PBS dijalankan selama 4 minggu, praktikum 24 minggu. Manakala intership selama 4 minggu. Amalan Profesional diagihkan sejumlah 14 kredit merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah.

KURSUS ELEKTIF

Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (KBSR). Pakej Elektif diagihkan sejumlah 24 kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit.

KURSUS TANPA KREDIT (TK)

Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English Language Enrichment yang ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysia Universiti English Test (MUET). Elektif ini tidak diagihkan kredit.




Struktur program ijazah sarjana muda perguruan

STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Struktur program merupakan kerangka dan kompenen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya.Reka bentuk kurikulum bagi PISMP dengan Kepujian adalah untuk melatih pelajar sebagai guru sekolah rendah bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara.Struktur program ini adalah seperti yang berikut:
BIL                             KURSUS                                           KREDIT
1.                                KURSUS WAJID                                         23(17%)
·         Kursus Wajib IPT
·         Kursus Wajib IPG
_______________________________________________________________
2.                               KURSUS TERAS                                         86 (65%)
·         Pengajian Profesional
·         Major
·         Amalan Profesional     
_______________________________________________________________
3.                              KURSUS ELEKTIF                                        24(18%)
·         Pakej Elektif  1
·         Pakej Elektif  2
                              JUMLAH                                              133(100%)
KURSUS WAJIB
Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Kursus Wajib Institusi Pendidikan Guru (IPG)
Kursus Wajaib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPG yang mengikut PISMP.Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas,kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh seorang guru.Kursus Wajib diagihkan sejumlah 23 kredit
 




Objektif

OBJEKTIF
Lulusan PISMP akan memperolehi kompetensi berikut:
I. Memindahkan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran bidang pengkhususan.
II. Mengembangkan pengetahuan dan membuat refleksi secara kritikal tentang teori, pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
III. Menggunapakai pelbagai kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran.
IV. Mengamalkan nilai profesionalisme keguruan.
V. Melibatkan diri secara aktif sebagai pemimpin dan ahli yang berkesan dalam pasukan di sekolah dan komuniti.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Para lulusan PISMP dengan kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang
I. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang masing-masing;
II. Menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang masing-masing;
III. Mengunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;
IV. Berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai malalui bidang masing-masing dalam pelbagai situasi sebenar;
V. Memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika kerja Perkhidmatan Awam dan kod Etika Keguruan Malaysia;
VI. Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat;
VII. Mempunyai semangat jati diri dan berupaya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; dan
VIII. Mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan.